Bisnes kami
LP Poultry Farm adalah syarikat penternakan tempatan bertujuan untuk membantu keterjaminan bekalan ayam di Malaysia. Usaha dari syarikat ini diharap dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada ayam import. Kami membekalkan ayam kampung, ayam pedaging termasuk ayam dara super, kepak ayam, dada ayam dan juga 'whole leg'.
Misi
Menghasilkan daging ayam yang berkualiti, halal dan selamat untuk dimakan
Visi
Menjadi salah satu pemain industri utama dalam memastikan keterjaminan makanan untuk Malaysia.
Nilai-nilai
Kualiti
Kami memastikan ayam dari kami mencapai standard yang tinggi dari segi kesegaran dan rasa.
Kelestarian Alam
Kami menjalankan aktiviti penternakan yang bersih untuk memastikan kelestarian alam sekitar.
Kepuasan pelanggan
Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami demi memastikan keperluan mereka dipenuhi